foto header my001

Perutusan Ketua Jabatan

dr.misah

bismillah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kerana melayari laman web Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Sabak Bernam (PKPDSB)

Seiring dengan kemajuan teknologi di dalam aspek kehidupan dan pencarian maklumat yang pantas dihujung jari , pihak kami turut mengambil inisiatif membangunkan laman web rasmi PKPSB dalam usaha menyalurkan maklumat terkini berkenaan perkhidmatan kami secara lebih cepat, tepat dan berkesan kepada masyarakat sekeliling.

Alhamdulillah, dengan kerjasama dan perhatian daripada ibu pejabat dan ahli jawatankuasa, laman web rasmi PKPD Sabak Bernam telah berjaya dibangunkan. Diharapkan dengan adanya laman web rasmi ini, maklumat-maklumat terkini berkenaan program dan perkhidmatan pergigian di daerah Sabak bernam akan dapat disampaikan secara terus kepada orang ramai.

Saya juga mengalu-alukan segala pandangan dan cadangan penambahbaikan laman web ini. Saya berharap ianya akan dapat menjadi salah satu wadah yang lebih berkesan dalam usaha jabatan ini mempromosikan kesihatan pergigian kepada warga Sabak bernam khususnya, dan kepada orang ramai umumnya. Selamat melayari portal rasmi PKPDSB dan diharapkan Tuan / puan akan mengunjungi lagi pada masa hadapan

Sekian Terima Kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"PENYAYANG, PROFESIONALISME DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA KERJA KITA"

DR MISAH BINTI MD RAMLI
PEGAWAI PERGIGIAN DAERAH
PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAHSABAK BERNAM

Cetak Emel