foto header my001

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan-santun dan ikhlas.
2. Setiap pesakit akan didaftarkan dalam tempoh 30 minit.
3. Setiap pesakit akan diberi maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan.
4. Setiap pesakit akan diberi maklumat mengenai aspek-aspek penting rawatan dan pencegahan penyakit pergigian.
5. Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan pergigian yang sewajarnya, secara cekap dan profesional.
6. Rawatan pergigian akan dimulakan dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan.
7. Kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam bilik rawatan adalah bersih dan telah melalui proses pembasmian kuman.
8. Setiap pesakit akan diberi penjelasan mengenai rawatan yang akan dijalankan.
9. Segala maklumat mengenai pesakit akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan, tertakluk kepada undang-undang.

 Kewajipan Pelanggan
Pelanggan akan:
1. Memberi segala butir-butir peribadi yang tepat semasa pendaftaran dan penyediaan kad rawatan.
2. Membawa dokumen seperti Kad Pengenalan atau Pasport, Surat Beranak, Surat Majikan atau Surat Sekolah, Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai, Surat Rujukan dan lain-lain yang berkaitan.
3. Menepati temujanji yang diberi atau memberitahu pihak klinik pergigian sekiranya tidak dapat menepati temujanji.
4. Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.
5. Memberi maklumat sebenar dan lengkap berkaitan masalah perubatan dan pergigian.
6. Memberi kerjasama semasa rawatan serta mengikut nasihat yang diberi mengenai penjagaan kesihatan pergigian.
7. Menjelaskan semua bayaran yang dikenakan sekiranya ada.

 

 

Cetak Emel