foto header my001

Pergigian Masyarakat


Pemfluoridaan bekalan air awam adalah aktiviti kemasyaratkan yang bertujuan untuk mencegah dan mengurangkan kerosakan gigi . Ia nya telah diterima sebagai salah satu polisi kerajaan bermula tahun 1972. Pada tahun 2006 sejumlah 273 loji rawatan air telah ditambah fluride yang member manafaat kepada 73.9% jumlah penduduk .Seterusnya program tersebut dikembangkan keseluruh penduduk. Kementerian Kesihatan dan pelbagai Pihak Berkuasa Air telah berkerjasama bagi menjayakan program pemfluoridaan ini.

Sumber: BKP, KKM

Aktiviti dilaksana di Daerah Sabak Bernam

  • Calorimeter dikalibrasi 2 kali setahun
  • Bacaan paras florida diambil 2 kali setahun, di mana pihak bertanggungjawab akan dimaklumkan sekiranya terdapat pelanggaran dalam bacaan florida.
  • Menyertai Mesyuarat Kualiti Air daerah
  • Memastikan pegawai adalah terlatih untuk mendapatkan data yang tepat
  • Membuat lawatan ke loji rawatan air setahun sekali
  • Menghantar pegawai ke seminar water fluoridation untuk memberi lebih pendedahan

  • Program ini merupakan perkhidmatan pencegahan klinikal secara berkala yang dijalankan di klinik pergigian ke atas gigi individu yang berisiko untuk mendapat karies gigi.
  • Terdapat dua jenis rawatan yang disediakan di dalam program ini iaitu penyapuan florida setempat dan sealan fisur.
  • Rawatan penyapuan florida diberi khususnya kepada kanak-kanak di dalam program toddler, pra-sekolah dan murid sekolah rendah, terutamanya yang berisiko karies sederhana hingga tinggi.
  • Rawatan sealan fisur, atau juga dikenali dengan nama pengapan fisur adalah rawatan tampalan ke atas fisur atau alur di permukaan gigi geraham kekal yang dalam bagi mencegah karies fisure (pit caries).

  • Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap Kesihatan Pergigian
  • Aktiviti-aktiviti promosi dan penggalakan Kesihatan Pergigian dijalankan oleh Pegawai dan Jururawat Pergigian sama ada di klinik pergigian (chairside), di sekolah (ceramah kesihatan dan latihan memberus gigi) atau lokasi tertentu seperti kempen dan pameran kesihatan.
  • Promosi kesihatan pergigian turut dijalankan di bawah Program Khidmat Masyarakat dan Program NBOS 7.
  • Antara aspek yang ditekankan ialah kesedaran mengamalkan diet yang seimbang, kepentingan memberus gigi dan membuat pemeriksaan berkala, juga kepentingan menjaga gigi susu kanak-kanak.

Anda boleh mendapatkan risalah mengenai kesihatan pergigian :

http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/pergigian/umum/mulakan-awal-mulut-sihat-hidup-lebih-sihat


Program Pengesanan dan pencegahan awal prakanser dan kanser disasarkan kepada kumpulan yang berisiko pertama kali dilancarkan pada tahun 1996.Program ini telah dikaji semula dan diperkukuh pada tahun 2002. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang faktor-faktor yang menyebabkan kanser mulut . Program ini juga untuk mendidik individu bagi mengesan tanda-tanda awal gejala kanser mulut dan menjalankan pemeriksaan bagi mengesan kanser awal mulut.

Sumber: BKP, KKM

Aktiviti dilaksanakan di Daerah Sabak Bernam

  • Mengadakan mesyuarat bersama di antara jawatankuasa negeri, koordinator daerah sekurang-kurangnya sekali setahun.
  • Mengadakan saringan kanser mulut kepada kelompok individu berisiko tinggi di komuniti, kampung, ladang dan kampung orang asli.
  • Lawatan semula ke ladang atau komuniti berisiko tinggi untuk pemeriksaan berkala sekali dalam masa 5 tahun
  • Menggalakkan pemeriksaan sendiri mulut di kalangan masyarakat/individu berisiko.
  • Menjalankan program 'Berhenti Merokok' ('Tobacco Cessation') di sekolah-sekolah yang dikenal pasti

Cetak Emel