foto header my001

Soalan Lazim

Soalan lazim kesihatan pergigian

1. Apa itu dental karies?

Dental karies ialah penyakit microbial kepada tisu gigi yang melibatkan demineralisasi kepada bahan organic dan pemusnahan bahan bukan organik pada struktur gigi yang seterusnya mengakibatkan gigi berlubang

2. Bagaimana dental karies di rawat?

Dental karies selalunya dirawat dengan membuang struktur gigi yang telah rosak dan diikuti dengan tampalan untuk menggantikan struktur gigi yang telah hilang. Bahan tampalan termasuklah komposit dan amalgam. Walaubagaimanapun jika hanya terdapat titik putih pada permukaan gigi, ataupun dikenali sebagai tanda-tanda awal kerosakan gigi yang berpunca daripada pelarutan bahan organik dalam gigi tampalan tidak di perlukan. Contoh rawatan yang di perlukan hanyalah penyapuan fluoride topikal, pemeriksaan gigi secara berkala dan arahan penjagaan kebersihan mulut.

3. Kenapa gusi saya berdarah apabila saya memberus gigi dan makan?

Ini disebabkan oleh masalah gusi yang sedia ada yang berlaku di sebabkan oleh kesihatan mulut yang teruk dengan pembentukan plak dan karang gigi yang mengandungi bacteria. Kehadiran agen keradangan ini akan menyebabkan ulserasi mikroskopik pada tisu gusi dan apa-apa sentuhan fizikal ke atas kawasan terbabit akan meyebabkan pendarahan ke atas gusi tersebut. Dalam beberapa kondisi lain, terdapat kes sistemik dan ubat-ubatan yang akan meyebabkan pendarahan gusi secara tiba-tiba. Oleh yang demikian adalah di syorkan untuk berjumpa doctor gigi bagi mendapatkan khidmat nasihat.

4. Apabila gigi saya berdarah,bolehkah saya berhenti memberus gigi?

Tidak. Anda tidak boleh berhenti memberus gigi. Apabila gusi berdarah bila memberus gigi itu ialah tanda-tanda yang anda telah mengalami masalah keradangan gusi. Sebaliknya anda perlu terus memberus gigi supaya plak yang terhasil pada permukaan gigi selalu dibersihkan. Pemeriksaan gigi oleh doktor gigi adalah perlu untuk mengetahui penyebab berlakunya pendarahan gusi dan rawatan yang sepatutnya dapat di lakukan ke atas gigi anda

5.Seberapa kerap saya patut bertemu doktor gigi?

Adalah di di syorkan untuk mendapatkan pemeriksaan gigi sebanyak 2 kali setahun. Walaubagaimanapun bergantung kepada keadaan kesihatan mulut dan jenis rawatan yang di berikan, jangkamasa untuk pemeriksaan gigi mungkin berlainan bagi setiap individu.

6. Apakah itu rawatan akar gigi?

Rawatan akar gigi merupakan rawatan khusus bagi membaik pulih keadaan gigi supaya dapat di kekalkan di dalam mulut sebagai alternative kepada cabutan gigi yang akan selanjutnya menyebabkan penyusutan tulang sokongan gigi dan pergerakan gigi ke arah ruang kosong yang ketiadaan gigi. Rawatan akar gigi melibatkan pembuangan tisu saraf yang tidak sihat yang menjadi sumber makanan bagi bakteria yang wujud dalam gigi selain daripada mengisi dan menyekat ruang akar gigi supaya tiada ruang bagi bakteria untuk hidup dan melawan imunisasi badan kita. Rawatan ini memerlukan beberapa temujanji dengan doktor gigi dan pematuhan pada temujanji adalah amat penting untuk menyudahkan rawatan akar gigi ini.

7. Kenapa gigi saya bergoyang apabila saya menggigit atau menekan mereka dengan lidah?

Gigi goyang boleh di sebabkan oleh beberapa faktor contohnya kesihatan mulut yang teruk yang akan menyebabkan penyakit gusi yang akhirnya memusnahkan tulang penyokong gigi, trauma kepada tulang penyokong gigi yang menyebabkan kepatahan padanya ataupun keradangan pada struktur akar gigi. Rwatan bagi gigi yang bergoyang sangat bergantung kepada penyebab dan keterukan kondisi gigi tersebut, oleh itu khidmat nasihat daripada doctor gigi amatlah di perlukan.

8. Perlukah saya mencabut semua gigi saya sebelum memakai gigi palsu?

Cabutan gigi asal untuk memuatkan gigi palsu adalah tidak di rokemenkan untuk setiap pesakit. Keputusan untuk mengekalkan atau cabutan gigi perlu di buat haruslah di putuskan bergantung kepada kegunaan gigi terbabit di dalam mulut, estetik dan prognosis gigi palsu tersebut.

9. Kenapa gigi saya sensitif bila saya minum air sejuk?

Gigi sensitif ialah rasa ketidakselesaan atau sakit pada gigi. Gigi sensitif berlaku apabila lapisan luar yang melindungi gigi, iaitu enamel atau cementum terhakis hingga menyebabkan pendedahan lapisan dentin. Dentin terdiri daripada lubang-lubang kecil yang dipanggil tubul. Di hujung tubul-tubul ini terkandung cabang saraf yang berasal dari pulpa gigi (pusat saraf gigi). Apabila lapisan dentin yang terdedah ini bersentuh dengan sesuatu yang sejuk contohnya, cabang saraf di dalam gigi akan distimulasikan dan ini menyebabkan kesakitan gigi sensitif. Gigi sensitif berlaku di sebabkan beberapa sebab antaranya gusi menyusut, penyakit gusi dan penyakit tulang penyokong gigi, lelasan gigi, penyakit sistemik seperti bulimia dan anorexia dan refluks gastrik

Cetak Emel