Caj di klinik pergigian kerajaan adalah mengikut
1) Akta Fee 1951 - Arahan Fee (Perubatan)1982.
2) Perintah Fi (Perubatan)(Pindaan) No. 2 1994
3) Perintah Fi (perubatan)(Pindaan) 2003
Walau bagaimanapun, caj-caj tersebut tidak meliputi:
- Kakitangan dan pesara kerajaan serta keluarga dan tanggungannya.
- Kakitangan pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun serta ahli keluarga dan tanggungannya.
- Orang kelainan upaya (OKU) dan individu yang mempunyai kemudahan perubatan yang diperuntukkan dalam mana undang-undang bertulis.
NOTA:
Semua warganegara yang berumur 60 tahun dan ke atas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di klinik pergigian dan klinik pakar pergigian. Pesakit wad kelas 3 diberi pengurangan caj 50% dengan caj maksimum sebanyak RM250 bagi setiap kemasukan di hospital. (Surat Pekeliling Bahagian Kew Bil 4/2011 dan Surat Pekeliling Bahagian Kew Bil 2/2012)
1. Caj Rawatan untuk Warganegara/Pemastautin Tetap
- Caj Rawatan Pergigian Warganegara
- Caj Pesakit Luar di Klinik Pakar
- Caj Wad (Warganegara)
- Caj Pembedahan Pergigian
- Caj Siasatan Hospital
- Laporan Perubatan Bertulis
2. Caj Rawatan untuk Warga Asing
- Caj Rawatan Pergigian Warga Asing
- Caj Pesakit Luar di Klinik Pakar
- Caj Wad (Warga Asing)
- Caj Pembedahan Pergigian
- Caj Siasatan Hospital
- Laporan Perubatan Bertulis
3. Lain-lain caj (Warganegara)

