foto header my001

Klinik Pergigian Primer

 

Klinik pergigian primer memberi perkhidmatan pesakit luar yang merangkumi kes-kes cabutan, tampalan, cucian gigi (penskaleran), rawatan akar dan gigi palsu, serta menentukan kes-kes rumit yang perlu dirujuk kepada pakar pergigian. Pada kebiasaannya, kes-kes kecemasan seperti sakit dan jangkitan kuman (abses), luka atau trauma, serta cabutan mudah akan diberi rawatan terus, manakala kes-kes lain akan diberikan temujanji.

Berikut ialah senarai klinik pergigian di bawah seliaan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Sabak Bernam:

  • Klinik Pergigian Sungai Besar
  • Klinik Pergigian Sabak Bernam
  • Klinik Pergigian Parit Baru
  • Klinik Pergigian Sekinchan
  • Klinik Pergigian Sungai Air Tawar
  • Klinik Pergigian Bagan Terap

Cetak Emel